Welcome to Untouchable's Paradise.You want to F o l l o w ? or go back H o m e ?
Diary About Links Freebies
Speak Up


this is untouchables
Hate me? GTH dear.
♥ 0like to eat this entry
Dumpling Ayam
Feb 22, 2011 | 9:09 PM | 0 beautiful(s)

Assalamualaikum ampa semuaa.. Sorry laa weyh , sangat ambik masa yang lama nak wat even satu post pon.. Apekah aku neyh spesis kura-kura cap ayam ke apa ntah laa.. Hahahah.. Malas dah sebati dalam hidup aku neyh weyh. Okelah tak nak merepek panjang-panjang. So sekarang aku nak share dgn ampa semua macam mana nak buat Dumpling Ayam..



Bahan-Bahan :


1 Paket Wan Tan Pastry (Kulit Dumpling)
1/2 Paket Ayam Cincang
1 Batang Carrot
1/2 @ 1 sudu lada hitam (ikot kesedapan masing-masing)
Garam secukup rasa 



Okeh.. Mula-mula sekali ampa sagat carrot tuh bg haluih.. Panaskan minyak dalam kuali then masukkan ayam cincang dulu.. Lepaih tuh masukkan carrot yang dah sagat tadi.. Masukkan lada hitam and garam ikut kesedapan mulut masing-masing..


Dah nampak semua sebati and masak, tutup api then angkat.. Okeh,lepas tuh amik skeping kulit dumpling boh ataih tapak tangan and cedok la bahan yang dah masak tadi tuh boh ataih kulit dumpling. Ikut saiz kulit dumpling tuh,kalau besaq boh banyak isi pon sedapp,kalau tak,pandai-pandai bajet. Then dah boh isi tuh,lembutkan tgk ampa untuk lilit ataih dya chantek-chantek macam gambaq bawah neyh :D



Lekatkan ataih dya tuh guna ayaq biasa ja :D Senang je kannn ?? Then dah siap semuaa, again panaskan minyak and goreng dumpling neyh.. Dah kekuningan and nampak dah masak boleyh la angkat and makan dengan sos ke,makan saja ka <3 Yahuuuu !!



Idea tambahan : Kalau ampa nak boh isi lain pon boleyh jugak, alaaa, macam buat popia jugak.. And actually dumpling lagi sedap kalau rebus kott :) Try la okeyh,sangat senang ! <3


Labels:



♥ 2like to eat this entry
Ayam Lada Hitam Masam-Masam Manis
Feb 9, 2011 | 3:42 PM | 2 beautiful(s)

Hey ampa-ampa semuaaaa.. Dah lama aku tak datang mood rajen nak berbelog nihh haaa. Once dah rajen gini pe kata aku share resepi dengan ampa weyhh. Hehehe. Semenjak jadi surirumah sepenuh masa nih, aku rajin gila search segala bagai resepi kat internet. So,sapa-sapa yang rasa nak try something new, pe kata ampa search je kat internet. Banyak gila okeh resepi besh-besh !! So sekarang aku nak share laa dengan ampa oke. Aku letak nama resepi ni Ayam Lada Hitam Masam-Masam Manis. Okeh, now meh kita start :)


BAHAN UNTUK AYAM
1 sudu kecil garam

1 sudu kecil lada hitam

2 sudu tepung gandum

1 sudu tepung jagung

1 biji telur ayam

Perahan limau sunkist atau lemon


BAHAN SOS
1 ulas bawang besaq ( potong bulat-bulat )

7 ulas bawang putih

4-5 sudu lada hitam

1 ketoi chicken stock

1 biji tomato ( potong 6 )

2 sudu sos tiram

2 sudu kicap manis

2 sudu gula

Cendawan

Tepung jagung ( campoq sikit ayaq )

Perahan ayaq limau nipis

CARA - CARA
1) Perap ayam tuh dengan garam and lada hitam lebih kurang dalam 5 minit. Then, masukkan ayam yang ampa dah perap tuh dalam tepung gandum,tepung jagung and teloq yang dah diadun.

2) Dah adun-adun semua tuh tadi bagi rata,then goreng ayam tuh. Sambil dok goreng-goreng tuh, ampa perah jus limau sunkist or lemon. Kalau nak pakai limau nipis pon boleh je weyh.

3) Dah goreng sampai masak ayam tuh, angkat and boh tepi dulu nohhh.

4) Untuk sos pulak, ampa tumbuk bawang putih and lada hitam setengah halus and then tumis je teros.

5) Dah naik bau, masokkan pulak bawang besaq yang ampa dah potong bulat tadi. Then masokkan chicken stock, sos tiram, kicap manis, and ayaq.

6) Tambah gula biaq cukup rasa.

7) Then, masokkan tepung jagung untuk pekatkan sos tuh.

8) Masokkan tomato, cendawan and perahan air limau nipis.

9) Ampa tunggu dalam 1-2 minit and katop api. Angkat and siram sos tuh atas ayam yang dah goreng tadi.

Wewitttt. Dah siap pon weyhh. Nampak je macam payah, tapi seyes senang gilaa. Aku dah try buat pon and sambutan dari orang ramai, kaum kerabat amatlah memberangsangkan. HAHA. Ampa try la pulak weyh, pasti disayangi tiap insan. (aku dah mrepek ! =_=' ) Meh aku tunjok hasilnyaaa.. Jeng jeng jeng ........

                                                                










Labels:



♥ 0like to eat this entry
Puding Jagung ♥ ♥
Nov 14, 2010 | 7:14 PM | 0 beautiful(s)


Heheheh.. Sempena ary ahad yang mulia nih aku nak share lah something dengan ampa sumaa :)
Actually aku neyh dah berkurun nak bake chocolate cake,buat puding jagung and buat nasik lemak.. Tapi sampai ary nih aku tak berpeluang nak buat.. HUKHUK :(
Aku dah kempunan gila babeng nak masak benda alah nih..HUHUHU..

Tak pa tak pa.. Ary nih aku nak share ngan ampa suma cara nak buat Puding Jagung tuh.. Tapi kan, resipi nih pun aku amek ja dari Mesra.net nih.. HEHEHE.. Enjoyyy :::

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

 Bahan-Bahanya:

1 liter susu segar
150 gm gula

130 gram tepung kastard
1 ½ tin jagung


 Caranya:

Didihkan 750cc susu bersama gula di dalam periuk. Ketepikan. Masukkan 250cc susu ke dalam tepung kastard dan kacau hingga sebati. Campurkan adunan kastard bersama susu mendidih dan kacau hingga pekat. Masukkan jagung dan kacau adunan lagi. Padamkan api. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan hingga beku.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 


Yeay ! Ni lah caranya nak buat.. Tapi aku sendirik pon tak penah cuba lagi.. HEHEHE.. Kalau ada sapa-sapa yang tau cara nak buat puding nih lagi mantap dari resepi nih, tolong bagi tao resepi kat aku taoo :) Lastly enjoyyy with this picture guys...


Sedapp kann? *URGHHHH* Nak sangat !!


Labels:



OLDER