Welcome to Untouchable's Paradise.You want to F o l l o w ? or go back H o m e ?
Diary About Links Freebies
Speak Up


this is untouchables
Hate me? GTH dear.
2like to eat this entry
Ayam Lada Hitam Masam-Masam Manis
Feb 9, 2011 | 3:42 PM | 2 beautiful(s)

Hey ampa-ampa semuaaaa.. Dah lama aku tak datang mood rajen nak berbelog nihh haaa. Once dah rajen gini pe kata aku share resepi dengan ampa weyhh. Hehehe. Semenjak jadi surirumah sepenuh masa nih, aku rajin gila search segala bagai resepi kat internet. So,sapa-sapa yang rasa nak try something new, pe kata ampa search je kat internet. Banyak gila okeh resepi besh-besh !! So sekarang aku nak share laa dengan ampa oke. Aku letak nama resepi ni Ayam Lada Hitam Masam-Masam Manis. Okeh, now meh kita start :)


BAHAN UNTUK AYAM
1 sudu kecil garam

1 sudu kecil lada hitam

2 sudu tepung gandum

1 sudu tepung jagung

1 biji telur ayam

Perahan limau sunkist atau lemon


BAHAN SOS
1 ulas bawang besaq ( potong bulat-bulat )

7 ulas bawang putih

4-5 sudu lada hitam

1 ketoi chicken stock

1 biji tomato ( potong 6 )

2 sudu sos tiram

2 sudu kicap manis

2 sudu gula

Cendawan

Tepung jagung ( campoq sikit ayaq )

Perahan ayaq limau nipis

CARA - CARA
1) Perap ayam tuh dengan garam and lada hitam lebih kurang dalam 5 minit. Then, masukkan ayam yang ampa dah perap tuh dalam tepung gandum,tepung jagung and teloq yang dah diadun.

2) Dah adun-adun semua tuh tadi bagi rata,then goreng ayam tuh. Sambil dok goreng-goreng tuh, ampa perah jus limau sunkist or lemon. Kalau nak pakai limau nipis pon boleh je weyh.

3) Dah goreng sampai masak ayam tuh, angkat and boh tepi dulu nohhh.

4) Untuk sos pulak, ampa tumbuk bawang putih and lada hitam setengah halus and then tumis je teros.

5) Dah naik bau, masokkan pulak bawang besaq yang ampa dah potong bulat tadi. Then masokkan chicken stock, sos tiram, kicap manis, and ayaq.

6) Tambah gula biaq cukup rasa.

7) Then, masokkan tepung jagung untuk pekatkan sos tuh.

8) Masokkan tomato, cendawan and perahan air limau nipis.

9) Ampa tunggu dalam 1-2 minit and katop api. Angkat and siram sos tuh atas ayam yang dah goreng tadi.

Wewitttt. Dah siap pon weyhh. Nampak je macam payah, tapi seyes senang gilaa. Aku dah try buat pon and sambutan dari orang ramai, kaum kerabat amatlah memberangsangkan. HAHA. Ampa try la pulak weyh, pasti disayangi tiap insan. (aku dah mrepek ! =_=' ) Meh aku tunjok hasilnyaaa.. Jeng jeng jeng ........

                                                                










Labels:



OLDER || NEWER